January 18, 2013



Aku pernah menjadi orang yang sangat lemah.
Aku pernah jatuh dan bangkit semula.
Aku pernah berjanji pada diri aku yang aku takkan membuat diri aku terluka kerana perkara bodoh lagi.
Iya, aku pernah berjanji.
Aku melindungi diri aku dari semua orang.
Dari sebarang ancaman.
Dari sebarang perasaan yang akan membuat aku terluka.

Tapi aku telah gagal.
Sekali lagi aku gagal.
Yang paling bodoh,
Aku tipu diri aku sendiri.
Mungkin orang lain aku boleh tipu dengan memberi senyuman
Tapi kalau diri sendiri?
Hakikatnya aku tau apa yang berlaku sebenarnya.
Cuma aku tak ingin mengakuinya.
Sebab aku tak ingin menjadi gadis yang gagal.
Gagal sekali lagi.